Thursday, December 9, 2010

Saturday, October 9, 2010

Syukur

Pujuk hati tunduk dan akur,
Ayuh lafaz kata syukur,
Tiada bongkak, sombong dan takbur,
Kelak ke bumi kita tersungkur.

Pada Yang Satu di luah rasa,
Pada Yang Satu di tutur bicara,
Ucap syukur tiada terhingga,
Pada anugerah dan segala kurnia.


Mr.F: posting without pic due to internet hiccup. Selamat Hari Raya (walaupun dah habis raya), alhamdulillah banyak kurnia dan hadiah dari-Nya.

Thursday, July 22, 2010

Wajah Desa


Kau dimamah usia,
Anakmu meningkat dewasa,
Kau usang di desa.
Anakmu bersinar dikota.

Kau sunyi berdua,
Anakmu kawan merata,
Kau di pondok ini,
Anakmu di banglo sunyi.

Kau jaminan syurga,
Anakmu sering alpa,
Kau menitip doa,
Anakmu bertimbun harta.

by: Mr.F, love our parent

Tuesday, July 20, 2010

Jalanan dan Mewah




Lain takhta,
Tidak setara,
Yang miskin melata,
Yang kaya beraja,

Aku pemuzik jalanan,
Kau pemilik gedung lumayan,

Aku tetap berlagu riang,
Menghiburkan yang lalu lalang.


Thursday, March 18, 2010

Alam Maya




Asalnya kau indah,
Berseri melatari bumi,
Asalnya kau mewarnai megah,
Seluruh alam buana ini.

Adakah kau bisa bertahan,
Buat sekurun masa lagi,
Adakah kau mampu berdiri mapan,
Walau sedekad waktu lagi.


Mr.F : mengupdate blog dalam kelas photoshop sambil memikirkan alam maya. :)

Saturday, March 13, 2010

Antara Kenalan dan Teman




Look around yourselves,
Can't you see this wonder,
The clouds floating by,
The skies are clear and blue,
Planets in the orbits,
The moon and the sun,
Such a perfect harmony,

Let's start question in ourselves,
Isn't this proof enough for us,
Or are we so blind,
To push it all aside.



Mr.F: Aktiviti picnic mini dengan GSK (geng seri kembangan). Keropok Lekor. Buah Oren. Sirap Ros. Ana Rafali.

Sunday, March 7, 2010

Smiling Soul

Sungguh dengan penuh tekad harus ku katakan bahawa ini adalah 'post without pics' kerana meskipun memuat naik gambar hanya memakan masa kurang seminit namun ia tetap merupakan suatu masa yang sangat berharga kala ini.

Sungguh tidak dapat dinafikan bahawa hatiku sedang tersenyum dengan apa yang berlaku lewat ini. Kepuasan melihat senyum dan tawa insan adalah tiada terbanding meskipun masa dan material untuk diri mungkin akan sedikit mencengkam. Sungguh semakin akan ku pegang utuh kata azimat yang sudah membungkam dihati bahawa 'hidup adalah untuk memberi'. Terlalu banyak mereka yang memerlukan, terlalu banyak tangan si kecil yang menggapai, terlalu banyak perjuangan, terlalu banyak harapan, dan terlalu banyak tangisan insan.

Sungguh KL kini sangat panas seakan tiada lagi KL menjelang 2020 dek kepanasan yang tidak mampu ditampung manusia. Sungguh suhu ini tidak harus membakar hangus prestasi diri ini.

Mr. F: S E L A M A T H A R I K A N A K - K A N A K

I'm gonna be your brother, I promise u guys, InsyaAllah.

Sunday, February 28, 2010

Productive


Minggu hujung February yang sangat produktif, this is what I called as 'edible architecture'.

Mr.F: basuh baju, kereta, toilet, buat bekfast? *pengsan*, syabas mera beta. (roti yong, mayonis izul, ayam, bawang and carrot beli)

Sunday, February 7, 2010

I' m Dreaming


Im so happy to get this copy of National Geographic, published on the October 1987, so classic. I was 4 years old that time. Pretty young boy. Look closely at the National Geographic wording, yeah, I mean the 'cup-trace' (ada term lain ke?). Was it a cup of coffee? tea? slimming tea? (ala orang Malaysia bole je minum jus dalam cawan) How about we think it this way? Who has been using this magazine as a coaster? whose cup is that? Gagaga, policemen? teacher? pilot? sex worker? Is he/she still alive? pretty scary right? haha I m not quite sure whats playin around my mind right now. But what I know is, I am going to make a 'cup-trace' art.


Favourite cup from Campbells. (hey its a soup mug dude!)
Firmly pressed (kotorkan bawah cawan dengan kopi)
Left : unknown, Right : Its Fadzli's
A piece of ' cup-trace' art.

Mr. F : Now look closely at the highlight, WOMEN OF ARABIA, that time, the 'west' has already started talking about 'the veil of secrecy'-tudung, burqa, gender bias, freedom. And that time, kita sedang asyik dengan zaman 80's.



Saturday, January 16, 2010

Puteri Keraton


Persis sang puteri,
Si anak gadis menari,
Si ibu menatap bangga dan sayu,
Wajah puterinya yang ayu.

Seribu harapan digalas,
Kemenangan diharap menanti,
Semoga usaha keras kan terbalas,
Mengubah nasib, menambah rezeki.

Gerak tari si puteri keraton,
Tarian jawa alun gemalainya,
Mata memandang asyik menonton,
Si gadis cilik di surabaya.

Mr.F : ...bertemu si gadis ala- puteri keraton yang sedang asyik menjalani latihan pertandingan tarian. Dari raut wajah, tutur bicara dan tata rupa ibunya, mereka adalah dari kalangan orang 'kebanyakan' di kota ini. Pakaian si ibu dengan anak yang telah menjelma menjadi 'puteri' ini amat jauh beza tarafnya. Kelihatannya, inilah perjuangan yang mereka lakukan dengan harapan ia bakal mengubah nasib keluarga, memberi suatu masa depan yang cerah buat si anak.

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Datang 2010


Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat datang ke tahun 2010.
2009 berlalu pergi dengan meninggalkan banyak pengalaman dan pengajaran yang harus dipelajari. Meskipun teramat banyak kerja yang tertangguh (termasuklah mengupdate blog ini). Apa yang penting (kerjasama?) ialah meng-update diri debgan banyak lagi pelajaran dan pengajaran kehidupan.

2009
- pemergian Yasmin Ahmad & Ustaz Asri (pernah buat show dengan dia)
- memulakan kerjaya baru & menyambung pengajian
- finalis Malaysia shoe design competition 2010 (yes!wish me luck)

Itulah antara corat-coret utama yang ditinggalkan oleh 2009. Selamat datang 2010.Yang pastinya kehadiran 2010 merupakan titik mula cabaran yang bakal dihadapi oleh negara terutama bagi isu-isu besar yang melibatkan banyak perkara subjektif dan sensitif. Sesetengah pihak menganggap ia sebagai suatu yang tidak sihat, namun Mr.F secara peribadi merasakan ia adalah suatu perkembangan keilmuan yang tidak dapat disangkal atau ditekan lagi. Kita berada di era yang semua perkara boleh dipersoalkan, hak mempersoalkan pada suatu garisan halus sebagai 'boundary'.

Sudah menjadi suatu perkara yang biasa kini hal-hal yang sukar dirungkai atau diekspresi oleh kata-kata memerlukan penjelasan. Sebagai contoh, boleh saja seorang pelajar bertanya " bagaimana kita ingin tahu yang kita berinspirasi?" atau seorang anak bertanya " macam mana nak tahu kalau kita hepi?" atau seorang budak sekolah mencium rakannya dengan alasan " saya sukakan dia..". Di suatu sudut, nilai-nilai ini sangat aneh, namun inilah paparan dan santapan yang mereka hadam setiap hari dari media elektronik dan cetak. Our young generation are confuse, people are confuse, and when they spark the confusion in their mind, they will ask question and questions. Semua ini memerlukan hujah dan penjelasan, kita bukan lagi di era sesuatu badan, entiti, manusia yang mempunyai kuasa autoriti mutlak yang tidak boleh dipersoalkan.

Mr.F merasakan bahawa inilah permulaan tahun yang mencabar,bagi semua pihak. Bersama kita meletakkan suatu tanda aras yang ingin kita capai.

Mr. F :2010, bring it on!