Sunday, March 7, 2010

Smiling Soul

Sungguh dengan penuh tekad harus ku katakan bahawa ini adalah 'post without pics' kerana meskipun memuat naik gambar hanya memakan masa kurang seminit namun ia tetap merupakan suatu masa yang sangat berharga kala ini.

Sungguh tidak dapat dinafikan bahawa hatiku sedang tersenyum dengan apa yang berlaku lewat ini. Kepuasan melihat senyum dan tawa insan adalah tiada terbanding meskipun masa dan material untuk diri mungkin akan sedikit mencengkam. Sungguh semakin akan ku pegang utuh kata azimat yang sudah membungkam dihati bahawa 'hidup adalah untuk memberi'. Terlalu banyak mereka yang memerlukan, terlalu banyak tangan si kecil yang menggapai, terlalu banyak perjuangan, terlalu banyak harapan, dan terlalu banyak tangisan insan.

Sungguh KL kini sangat panas seakan tiada lagi KL menjelang 2020 dek kepanasan yang tidak mampu ditampung manusia. Sungguh suhu ini tidak harus membakar hangus prestasi diri ini.

Mr. F: S E L A M A T H A R I K A N A K - K A N A K

I'm gonna be your brother, I promise u guys, InsyaAllah.

No comments: