Kata-kata sahaja, my entry without pics, yup without pics. Firstly because I am using the office pc and secondly I dont feel right to transfer pics from my camera here while others are busy doing their office jobs. Huhu habis aku tengah buat apa ni? (Mr.F : Okla tu Fadzli kalau kerja ko dah ok).
Ok I wud like to tell a story, a real story.
Fadzli Studio proudly presents:
Kisah Pau Kacang Merah
Di sebuah petang yang agak panas, di sebuah stesen tren di ibu kota, kelihatan seorang lelaki cacat berkerusi roda menjual kerepek. Meskipun sang mentari sudah mula menyuramkan sinar teriknya, namun bahang panas masih terasa. Ya itulah keadaan cuaca di ibukota sejak beberapa bulan yang lalu hingga kini; panas, kering.
Kaki seorang pemuda melangkah ingin meneruskan perjalanan ke gymnasium yang terletak di menara berkembar. Itulah rutin acapkali pulang kerja. " a small consumption of calories before workout is essential to give your muscle a boost of energy" ahhh itulah kata-kata alasan dirinya untuk makan sebelum pergi ke gym.
Di suatu sudut kelihatan sebuah cafe baru, "ahaa ada jual pau!" bisik sang pemuda dalam hati. "Uncle dah lama ke meniaga?, dulu saya tak nampak pun ada cafe disini..".
"Ooo sudah beberapa bulan, dulu pun saya meniaga di Damansara, how was the food?" balas Uncle Cina Muslim. "Owh okay, I like it", jawab sang pemuda sambil menghirup teh panas dan pau kacang merah dan pau inti lotus. "Thank you haa, please come again" kata Uncle Cina Muslim lagi sambil bercerita ramah mengenai menu yang dikhaskan untuk hari-hari tertentu.
"Wah kedai yang ikhlas." detik hati pemuda didalam hati. Pada kebiasaanya hanya cafe atau restoran di luar negara yang akan melayan pelanggan begini. Jika di Malaysia menurut pengalaman sang pemuda, hanya restoran mahal seperti di KLCC sahaja yang akan bertanya " how was the food?", sedangkan di US itu amalan biasa, malahan waiter kadangkala memperkenalkan diri dan menulis nama atas tisu agar mudah pelanggan memanggil jika perlukan apa-apa.
Di kejauhan, suara lelaki cacat yang menjual kerepek masih lagi kedengaran walaupun bunyi kenderaan dan orang yang lalu lalang tidak kurang bingitnya. "Uncle, tolong bungkuskan pau kacang satu! ".
Kaki sang pemuda terus melangkah meninggalkan cafe dan menuju ke stesen semula.
"Assalamualaikum, abang nah"
"Waalaikum salam, apa ni? mcmmana adik tahu saya nak makan pau?, memang pagi tadi saya ada berdoa dan terasa sedapnya kalau dapat makan pau, dulu masa kecik bapa angkat saya selalu belikan saya pau, dah lama saya tak makan"
"Ohh kebetulan saja saya ada beli lebih. Abang makanlah ya. "
"Terima kasih ya, adik kerja mana?"
"Sama-sama, saya mengajar dekat-dekat area sini" balas sang pemuda kembali yang sudah sedikit syahdu dengan apa yang berlaku.
"Terima kasih ya. Adik ajarlah anak-anak dengan baik, biar diorang nanti pandai, dapat kerja bagus, senang tak jadi susah macam saya"
..............................................................
Beberapa tapak melangkah, sang pemuda menoleh kebelakang dan kelihatan lelaki cacat tersebut menggengam erat plastik pau dengan kedua tangan lalu mencium bungkusan itu........ohh......
Mr.F: :( sob sob, tears rolling down my cheek.
No comments:
Post a Comment