Acapkali kita memikirkan bahawa setelah melalui kesusahan akan hadir kesenangan. Setelah usaha bertubi dilonjakkan, akan hadirlah impian. Umpama roda yang berpusingan, yang diatas akan kebawah dan begitulah giliran putaran. Namun tidakkah kita memikirkan, disebalik kesusahan, terdapat banyak kesenangan yang hadir beriringan. Tidakkah kita memerhatikan, disebalik kesukaran, anugerah hadir bertubi-tubian. Ia bukan kitaran, ia seiringan! Apa yang berlaku berbeza tertakluk pada fokus pandangan. Yang diimpi pelangi, yang hadir mentari, maka sayu sang hati. Yang diimpi teduhan, yang hadir hujan, diri tidak mahu meraikan. Tukar fokus pandangan, pilih kebahagiaan. Raikan pemberian, kan hadirlah tulus kesyukuran.
Mr.F : "Verily with hardship comes ease 94:5" (with + comes, not after + comes)
No comments:
Post a Comment