Yang murung tertawalah,
Yang senang, damailah,
Yang sakit, syukurlah.
Ramai yang mengira,
Berapa banyak kita ada,
Tidak lena tidur,
Jika lengan tiada emas bersadur.
Ramai yang merasa,
Rumah, harta dan kereta,
Lambang status dan takhta,
Bukan kepalang punya harga.
Sikit yang mengira,
Berapa yang diberi,
Tidakkah ingin merasa,
Tenang dan aman dihati.
Detik ini sekejap sahaja,
Waktu ini tidak lama,
Masa ini hanya sisa.
Yang diam, fikirkanlah,
Yang hebat, hadamkanlah,
Yang angkuh, turun menyembahlah.
Mr.F: a self reminder...
No comments:
Post a Comment