Thursday, March 29, 2012

Kasih


Di kiri ini detiknya berbeda,
Lain benar dari biasa,
Saat pandangan itu tajam terpaku,
Renungan ini ku tundukkan ke buku.

Resah tidak keruan,
Jiwa beterbangan,
Terawang di apung-apungan,
Lamunan indah mengusik perasaan.

Sentakkan mimpi ini,
Kejutkan hati suci,
Tempat ini bukan destinasi,
Kita musafir mengembara di bumi.

Kasih kau bisa hadir,
Bersama kemudi jalan yang getir,
Kasih teruslah setia,
Jalan kita lain dari mereka.

Mr.F : Alastu birabbikum? qaloo bala shahidna.

Wednesday, March 21, 2012

Hybrid Mind 2.0


-Inner speech, delay, self-assessment, reflection, consciousness.

Mr.F: A big thank you.

Tuesday, March 20, 2012

Hybrid Mind

It is something that constantly changing,
It is the world, the dunya,
So how can you stay static?

Mr.F : Detach and move on brothers.

Monday, March 19, 2012

Terima Kasih

Terima kasih,
Ucapan yang cukup besar,
Buat Yang Pengasih,
Tiada arah lain ia perlu tersasar.

Terima kasih,
mengungkap segalanya,
Muram jadi tawa, kotor jadi bersih,
Positif nan padu, wujud dalamnya.

Terima kasih.

Mr.F: Say it loud... :)

Monday, March 12, 2012

Run and Never Look Back


Itu negara maju,
Kita menuju ke arah itu,
Buat saja apa yang mampu,
Penat kalau nak jadi begitu.

Saudaraku,
Ini bukan berkenaan mereka,
Ini perihal kita,
Bukan ingin menjadi mereka,
Kejayaan di haluan lain yang mahu kita teroka.

Saudaraku,
Kita mampu lebih dari itu,
Kita mampu terus meluru,

Kalian,
Teruslah berlari,
Hujung sana ada pelangi.

Mr.F : Run and never look back, come on!

Sunday, March 11, 2012

Pilihanraya


Kita ada pilihanraya setiap hari,
Pilihan sendiri,
Yang baik kanan yang buruk kiri,
Perlu ada kempen, perlu ada promosi,
Mahu dipilih yang tepat sekali.

Mr.F: Latih kata hati, inner speech.

Effort & Result


Ledakkan usaha,
Harap dan takut pada hujungnya,
Jangan teka keputusan akhirnya,
Ia bukan portfolio kita.

Ramai yang gusar,
Ramai yang yakin,
Fokus pada lingkaran pengaruh yang besar,
Baru nanti menyentuh lingkaran prihatin.

Mr. F : Stephen Covey :)

Wednesday, March 7, 2012

Santapan


Ketahuilah taulan,
Santapan enak tiada bandingan,
Sedap rasa bukan igauan,
Jika jamuan bukan sendirian,
Meski hidangan tidak beraneka pilihan.

Ketahuilah taulan,
Santap sendirian kan penuh lamunan,
Perkongsian itu tanda kesyukuran,
Penuh tawa dan senda gurauan,
Menyuap kata berulam senyuman,
Menyulam rasa muhibbah persaudaraan.


Mr. F : Prophet shared food with his companions. Thank you guys. :)

Tuesday, March 6, 2012

Creative


Sister: How to be creative?
Brother: Start questioning, you can start from anything. Your attire, your food, your stuff, and your religion, well if you want. :) Then, go one step ahead, find the answer... from reliable sources.


Mr.F : Namun tatkala kita diserang dengan 'pemikiran sehaluan', 'bermata satu', 'one direction', ia agak sukar, kadangkala amat sukar. I have to admit this.

Thursday, March 1, 2012

Detik-detik


Yang muram tersenyumlah,
Yang murung tertawalah,
Yang senang, damailah,
Yang sakit, syukurlah.

Ramai yang mengira,
Berapa banyak kita ada,
Tidak lena tidur,
Jika lengan tiada emas bersadur.

Ramai yang merasa,
Rumah, harta dan kereta,
Lambang status dan takhta,
Bukan kepalang punya harga.

Sikit yang mengira,
Berapa yang diberi,
Tidakkah ingin merasa,
Tenang dan aman dihati.

Detik ini sekejap sahaja,
Waktu ini tidak lama,
Masa ini hanya sisa.

Yang diam, fikirkanlah,
Yang hebat, hadamkanlah,
Yang angkuh, turun menyembahlah.

Mr.F: a self reminder...