Tuesday, October 18, 2011

Betul & Salah


Mencari siapa betul dan siapa salah,
Tanyalah diri, kita betul atau kita salah,
Andai kita betul, pandu yang salah,
Andai kita salah, mengaku akur bukan bermakna kalah.

Acapkali kita assabiyah,
Pelbagai ragam kita mencari helah,
Yang tak sebulu disumpah seranah,
Yang sehaluan sebumbung serumah.

Kita selalu lupa,
Disana bukan hanya ada kita,
Disana semua ditimbang dikira,
Disana belum pasti kita senyum atau merana.

Kita selalu alpa,
Kita selalu leka,
Tak mengapa kerana kita manusia,
Namun tak padan kita bersengketa.

Mr.F: 'Sheila Azmi' :)

No comments: