Tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat datang ke tahun 2010.
2009 berlalu pergi dengan meninggalkan banyak pengalaman dan pengajaran yang harus dipelajari. Meskipun teramat banyak kerja yang tertangguh (termasuklah mengupdate blog ini). Apa yang penting (kerjasama?) ialah meng-update diri debgan banyak lagi pelajaran dan pengajaran kehidupan.
2009
- pemergian Yasmin Ahmad & Ustaz Asri (pernah buat show dengan dia)
- memulakan kerjaya baru & menyambung pengajian
- finalis Malaysia shoe design competition 2010 (yes!wish me luck)
Itulah antara corat-coret utama yang ditinggalkan oleh 2009. Selamat datang 2010.Yang pastinya kehadiran 2010 merupakan titik mula cabaran yang bakal dihadapi oleh negara terutama bagi isu-isu besar yang melibatkan banyak perkara subjektif dan sensitif. Sesetengah pihak menganggap ia sebagai suatu yang tidak sihat, namun Mr.F secara peribadi merasakan ia adalah suatu perkembangan keilmuan yang tidak dapat disangkal atau ditekan lagi. Kita berada di era yang semua perkara boleh dipersoalkan, hak mempersoalkan pada suatu garisan halus sebagai 'boundary'.
Sudah menjadi suatu perkara yang biasa kini hal-hal yang sukar dirungkai atau diekspresi oleh kata-kata memerlukan penjelasan. Sebagai contoh, boleh saja seorang pelajar bertanya " bagaimana kita ingin tahu yang kita berinspirasi?" atau seorang anak bertanya " macam mana nak tahu kalau kita hepi?" atau seorang budak sekolah mencium rakannya dengan alasan " saya sukakan dia..". Di suatu sudut, nilai-nilai ini sangat aneh, namun inilah paparan dan santapan yang mereka hadam setiap hari dari media elektronik dan cetak. Our young generation are confuse, people are confuse, and when they spark the confusion in their mind, they will ask question and questions. Semua ini memerlukan hujah dan penjelasan, kita bukan lagi di era sesuatu badan, entiti, manusia yang mempunyai kuasa autoriti mutlak yang tidak boleh dipersoalkan.
Mr.F merasakan bahawa inilah permulaan tahun yang mencabar,bagi semua pihak. Bersama kita meletakkan suatu tanda aras yang ingin kita capai.
Mr. F :2010, bring it on!