Wednesday, September 9, 2009

Politics Thought @ Sepuluh Akhir Ramadhan


Assalamualaikum, (mode ramadhan kareem :) Allahu Akram )
Tidak terasa, detik waktu pantas mengejar kita. Tanpa terkira, ia berlalu mengikut aturannya. Begitulah perasaan Mr. F mengenai perjalanan Ramadhan kali ini. Banyak yang bermain di benak fikiran ini ingin dikongsi bersama pembaca yang mungkin ada (mungkin juga tiada,koff).
Bermula dengan perkembangan politik semasa, Mr.F sebenarnya sedikit terganggu dengan isu kuil di Shah Alam. Keadaan tidak sepatutnya jadi begitu kerana ia bukanlah cara kita Malaysia menyelesaikannya. Jika setiap pihak faham, hormat dan tidak melangkaui sempadan, semua isu boleh diselesaikan dengan baik. Yang silap tetap ditegur, apa yang diperjuangkan oleh pemprotes kepala lembu?? Ajaran agama melarang perbuatan itu...Nokhtah! Muktamad dan sepakat! No question! (maaf teremosi, tapi tak tahan dengan kejelekan sikap sebahagian mereka)
Ok mari kita lihat pula isu yang ini. Atas kerana salah faham dengan video tarian pandet yang digunakan (oh well, by intention or not i dunno) dalam promosi pelancongan Malaysia, Jalur Gemilang di bakar di negara jiran, kedutaan di baling dengan telur dan hari ini rakyat Malaysia terutama pelajar di negara tersebut menghadapi ancaman buluh runcing dan sebagainya. Apa yang paling menarik sekali, Mr.F belum pula terdengar yang kita telah membuat protes sehebat pemprotes kepala lembu. Dalam hal ini kita boleh pula bersikap matang, profesional dan diplomasi yang sangat tinggi. Mr.F merasa bangga dengan sikap begini (jujur), kerana kita sedia faham apakah implikasi terhadap isu ini, dan kita sangat arif dalam menentukan timbang tara untung rugi jika kita memprotes secara agresif juga. Komen peribadi: hmm bagai anjing menyalak bukit jela depa tu.
Namun dalam isu yang pertama tadi dimana rasional kita?, ketika kempen satu Malaysia bergema ditempikkan dan ketika kita berpuasa dibulan suci adakah wajar protes seteruk itu dilakukan. Adakah wajar pemimpin negeri dikutuk sebegitu rupa, tidak lain hanyalah kerana semangat politik kepartian yang terlampau busuk.

Mr.F: Asas tetap asas, don't cross the border.

No comments: