Friday, September 25, 2009

The Lebaran


Short posting.
Alhamdulillah, dengan rahmat Yang Maha Pengasih sampai juga kita (me and those reading this) ke bulan Syawal; bulan menandakan kemenangan kita melalui madrasah Ramadhan. A friend of mine rang my phone during the Hari Raya kedua kot : Hey whats up man? Tengah buat apa tu?. Erm pagi tadi adala orang datang beraya, nih baru bagun tido, a simple & honest reply from me. Tido?? Di hari raya? tanyanya lagi. Well, it is almost same cam beraya kat oversea kot, aku menambah.

Haaha, that is raya in a small family all about. Kenalah tunggu my sis and sedara mara balik beraya to cheer up this pekan house. This year is their in law's turn. Memasing menyambut satu Syawal di sana. Anyway, masuk malam raya kedua, ketiga dan seterusnya bergegar juga la rumah ini dengan bunyi mercun oleh beberapa little cousins lelaki yang berumur lebih kurang sebaya.

Bila malam menjelang, usually I am one of those yang akan stay lewat dirumah ni, tengok movie dengan cousins, lepak ngan uncle and auntie. We talked about politic, Satu Malaysia, kepartian and etc.

I am fully inspired, InsyaAllah I will get there. (suatu misi).

Mr.F says it loud :
S E L A M A T H A R I R A Y A , M A A F Z A H I R B A T I N

Monday, September 14, 2009

Sesuci Lebaran




My internet connection was bad these few days. Even after I had all my pics ready, still 'tak nak bagi' chance. Lama tak ku sentuh my Mr.Dforty, namun nampaknya untuk posting sesuci lebaran ini ia berfungsi dengan baik. Photography is an art, similar to other art discipline lain yang Mr.f ada such as, oil-painting, graphics, craft, etc, keserasian medium yang kita guna dengan diri kita plays an important role to the output.
Menulis secara laju...Ok guys, I got to go. To be continued...

Wednesday, September 9, 2009

Politics Thought @ Sepuluh Akhir Ramadhan


Assalamualaikum, (mode ramadhan kareem :) Allahu Akram )
Tidak terasa, detik waktu pantas mengejar kita. Tanpa terkira, ia berlalu mengikut aturannya. Begitulah perasaan Mr. F mengenai perjalanan Ramadhan kali ini. Banyak yang bermain di benak fikiran ini ingin dikongsi bersama pembaca yang mungkin ada (mungkin juga tiada,koff).
Bermula dengan perkembangan politik semasa, Mr.F sebenarnya sedikit terganggu dengan isu kuil di Shah Alam. Keadaan tidak sepatutnya jadi begitu kerana ia bukanlah cara kita Malaysia menyelesaikannya. Jika setiap pihak faham, hormat dan tidak melangkaui sempadan, semua isu boleh diselesaikan dengan baik. Yang silap tetap ditegur, apa yang diperjuangkan oleh pemprotes kepala lembu?? Ajaran agama melarang perbuatan itu...Nokhtah! Muktamad dan sepakat! No question! (maaf teremosi, tapi tak tahan dengan kejelekan sikap sebahagian mereka)
Ok mari kita lihat pula isu yang ini. Atas kerana salah faham dengan video tarian pandet yang digunakan (oh well, by intention or not i dunno) dalam promosi pelancongan Malaysia, Jalur Gemilang di bakar di negara jiran, kedutaan di baling dengan telur dan hari ini rakyat Malaysia terutama pelajar di negara tersebut menghadapi ancaman buluh runcing dan sebagainya. Apa yang paling menarik sekali, Mr.F belum pula terdengar yang kita telah membuat protes sehebat pemprotes kepala lembu. Dalam hal ini kita boleh pula bersikap matang, profesional dan diplomasi yang sangat tinggi. Mr.F merasa bangga dengan sikap begini (jujur), kerana kita sedia faham apakah implikasi terhadap isu ini, dan kita sangat arif dalam menentukan timbang tara untung rugi jika kita memprotes secara agresif juga. Komen peribadi: hmm bagai anjing menyalak bukit jela depa tu.
Namun dalam isu yang pertama tadi dimana rasional kita?, ketika kempen satu Malaysia bergema ditempikkan dan ketika kita berpuasa dibulan suci adakah wajar protes seteruk itu dilakukan. Adakah wajar pemimpin negeri dikutuk sebegitu rupa, tidak lain hanyalah kerana semangat politik kepartian yang terlampau busuk.

Mr.F: Asas tetap asas, don't cross the border.