Tuesday, June 16, 2009

Hari Lahir Yang Berseri


Aku baru lahir , ketika hari menjelang pagi (as if today is 12th June) hahah. Sungguh bulan yang sangat busy. Dengan PDR (program development review) yang melambak untuk menyiapkan 18 subjects, kerja sabtu ahad dah masuk minggu kedua and pulang lewat hampir setiap malam kerana acara-acara girang yang sukar dilepaskan. Sungguh jua ini merupakan bulan yang banyak senyum tawa; anugerah yang tak ternilai daripadaNya. Walaupun realitinya di benak fikiran banyak giler urusan yang ditangguhkan kerana tiada kesempatan. Alhamdulillah.


Meskipun sangat busy, masih jua mempunyai kesempatan meraikan ulang tahun hari lahir secara beberapa siri. (wah macam jelajah konsert pula) Terima kasih buat N, AMJ, NBI, MT, K, I, A, L, DM, F, Z, Z, R, S (why pink color? pink of health!) terima kasih semua.
Mr.F : Dah tua setahun Fadzli?
Fadzli: Shut up Mr. F, ko pun terlibat!


Tuesday, June 2, 2009

Detik Yang Kian Berlalu

Detik yang kian berlalu,
Penuh resah gelora di kalbu,
Detik yang kian berlalu,
Yang sukar kan hancur menjadi debu.

Langkah mengikut kata hati,
Bersandar Iman di dalam diri,
Hilang lara tersenyum berseri,
Yang sukar berlalu bagai hanya mimpi.

Aku akan melangkah pergi dahulu,
Mengecapi bahagia yang pasti,
Tinggallah dikau di masa nan lalu,
Bersama sengsara yang bakal menjerut diri.

A poem by: Mr. F

Fadzli said: Kau memang aneh Mr. F, gud luck anyway.