Wednesday, July 29, 2009

Dia Telah Pergi




Rintik hujan menitis-nitis,

Tanah pusara mu masih merah,

Segelintir insan merintih menangis,

Segelintir insan mengeji dan marah.


Bagai tiada sekelumit simpati,

Alpa dan lupa siapa diri,

Bagai mereka Penguasa alam ini,

Caci cerca mereka tiada henti.


Insan, berhentilah..

Keaiban orang bukan bahan jenaka,

Manusia fahamilah..

Merendahkan orang tidak menaikkan martabat kita.


Insan, dia telah pergi..

Apakah tidak bisa padam dendam dan benci,

Manusia, dia sudah tiada,

Kenang kebaikan ampuni silapnya.


Berdamailah hidup dalam dunia,

Bukankah kita seagama,

Bersangka baiklah sesama manusia,

Syurga untuk dikongsi bersama...



Dia Telah Pergi was emotionally written by Mr. F
Fadzli: Al-Fatihah Yasmin Ahmad.







Langkah-Langkah Hati


Gerak hati pemula langkah,
Melangkahlah berhati-hati,
Yang baik dipilih yang buruk dipangkah,
Mulakan langkah dengan azam yang sejati.


Menggapai cita-cita menggunung tinggi,
Di hadapan sesuatu yang pasti,
Mengubah impian menjadi realiti,
Mengemudi bahtera mengejar mimpi.


Andai hilang sinar mentari,
Takkan muncul sang pelangi,
Andai tiada kudrat dikerahi,
Takkan kejayaan menyembah di kaki.





Mr.F: You go boy!

Thursday, July 23, 2009

Ceria-Ceria Cahaya










Ceria-ceria cahaya funfair. Not really a series of good stunning photo. Anyway it was indeed a good exercise ; nite, light, moving objects. And erm the funfair itself was a cheap fun place where people come voluntarily to 'kena tipu dengan apek and nyonya' to win the 1st price bonanza, the spongebob bantal! Urm human will always be human, and for the 'anak-anak' just ride the sweety-barbie horses or the sparky-shiny merry-go-round or the cawan pusing or the rocket terbang.



Mr.F : Jom masuk rumah hantu dia..

Fadzli : Pay yourself.

















Wednesday, July 15, 2009

The Forgotten


Dahulu...

Tika dan saatnya aku dirobek rakus,

Sebahagian bumi menghulur simpati,

Meskipun ada yang gentar dan terus menikus,

Aku masih punya jiwa dan harga diri.



Kini...

Askar-askar direjam sudah mula berhenti menginjakku,

Anak-anak berlari di jalan-jalan debu,

Ibu dan para wanita betebaran menguis besi-besi dan batu,

Mencari, mengharap, merintih merayu...



Dentuman bom dan meriam jarang kedengaran didadaku...

Media cetak dan koran tidak memapar wajahku...



Meskipun darahku masih mengalir...

Meskipun nanah lukaku masih berair...



Adakah mereka tidak tahu, atau buat-buat dungu,

Aku masih nazak terbujur kaku...



Aku adalah GAZA.





Mr.F: Fadzli, do your part.
Fadzli: Tun M, quite a hero dalam isu ni.

Monday, July 13, 2009

Imbasan Sepurnama Lalu


Mr.F : Suka menangguhkan kerja..




Sunday, July 12, 2009

The Peristalsis Process of 7 Spices

Jalan-jalan cari makan kali ini ke restoran 7 spice yang terletak di Danga Bay Johor Bahru. Bagi anda yang memang sukakan makanan India yang kaya berempah bolehlah berkunjung kesini. Bukan saja harganya berpatutan jika dibandingkan dengan lokasi dan statusnya sebagai sebuah restoran, malahan gaya dekorasinya agak unik. apa tidaknya, jika dilihat dari luar, anda akan tidak menyangka bahawa ini ialah sebuah restoran yang menyajikan makanan India.Saya memulakan menu petang dengan menghirup secawan teh masalla, haraganya hanya RM3.00 (aku tak ingat harga sebenarnya sebab org belanja). Hmm bagi mereka yang berasa mengantuk memangla boleh menghilangkan ngantuk kerana anda akan menggelengkan kepala selepas menghirup teh ini.

Erm yummy, sebelum berpisah krew Jalan-Jalan Cari Makan pun meyerahkan plak penghargaan kepada tuan punya restoran (sebenarnya serah duit kena bayarla). Terima kasih.



Mr.F: Sejak bila ko makan Indian Food ni?
Fadzli: ..people change

Thursday, July 9, 2009

Ketik-Ketik Kamera

Well, actually on this post I wud like to introduce you guys to my buddy 'V'. But seem like 'V' isn't ready for shooting session (I have to send 'V' to clinic sebenarnya), anyway aku gantikan post ini dengan ketik-ketik kamera. Thanks to Miss Sifoo, my photography skills did improve a lot. (puji diri ke puji sifoo?) gagagaga.











Mr.F: Proud of u, Fadzli.
Fadzli: Belikanla aksesori tambahan!

Tuesday, July 7, 2009

Love At The Bay


When the sun is going to say good bye,
Red shimmering the clouds will be,
Darkness of the night gonna say hi,
Deep silence will surround me.

Alone,there i stood still,
Waiting forever at the bay,
Storm, waves or perhaps ill,
Nothing can push me away.

Oo love I say it loud,
Oo love I yell to you.
Oo love I always hunger,
All I need is your love to make me stronger.
Shot and Written by: Fadzli
Mr.F says: Love God!