Photo location: 103 Street Broadway NY by Fadzli (Tempat hiburan yg bisa membuat hati menjerit girang)
Bicara Sebuah Kotak Fikiran Perekabentuk
Tanda keluar yang jelas, nombor stesyen 103 yang penuh artistik bersebab. Meskipun stesyen ini telah lama kewujudannya.
Bagaimana pula dengan stesen-stesen lrt di Malaysia, jika kita menolak tepi unsur-unsur estatik yang patut diketengahkan sekalipun, apakah wajar ciri-ciri ergonomik paparan pun di lepas pandang?. Suatu persoalan yang sangat sukar dan jelek untuk difikirkan di kotak minda (pada skop designer malaysia yang berfikiran kritis).
Pada tahun ini (2009) Stesen LRT di KLCC buat pertama kalinya setelah sekian lama, menukar saiz font dan warna latar bagi penunujuk arah stesen. Sebelem ini dan bagi stesen-stesen lain, bukan sahaja warga tua, malahan penulis yang masih muda remaja pun sukar untuk membaca pada jarak 2 meter. Ini hanyalah baru satu topik mini yang ingin cuba penulis rungkaikan di kotak pemikiran, belum lagi mengkaji ciri-ciri keselamatan, tanda 'exit' dan sebagainya.
Dalam konsiderasi dunia rekabentuk (maaf menggunakan terma ciptaan), hal ini merupakan asas yang menunjukkan sifat-sifat ambil jalan mudah atau tiada fikiran kritikal, sesetengah masyarakat yang terlibat dalam amalan bidang rekabentuk. Sedangkan konsiderasi stesen LRT atau tren perlu melibatkan banyak 'item' lagi seperti laluan kecemasan dan sebagainya. Ini bukanlah suatu komen yang hanya 'mau bikin panas' tetapi saiz 'font' merupakan perkara asas yang sangat asas dalam disiplin grafik, begitu jualah dengan warna latar, warna font dan sebagainya. Apakah yang sedang berlaku dalam dunia rekabentuk Malaysia? Adakah disebabkan disiplin ini mula menjadi komersil maka wujud dunia 'korupsi berjamaah' demi untuk memenangi tender membuat papan tanda?
Cukup dulu buat pemecah minda kali ini, Salam berfikir dunia rekabentuk, back to basic la wei...
Mr. F said, Fadzli come on, ko tu jgn bnyak cakap jerr.