Monday, May 28, 2012
Sunday, May 20, 2012
My Hybrid Mind
Yang memakai nama 'I',
Cakap belakang terlampau banyak,
Tembak-menembak,
Semua dilanyak.
Yang memakai nama 'I',
Pihak lawan hendak dihenyak,
Semangat membara berkocak,
Apa jadi, lantak.
Mr.F : Terlampau ramai yang mengira apa yang diperolehi, bukan apa yang diberi. Dan malang, ada yang memberi apa yang ingin diperolehi, seakan semua boleh dibeli.
Saturday, May 12, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Tuesday, May 1, 2012
Bersih Mindaku 2.0
Kami kuning,
Kami merah,
Kami pelangi,
Usah pening,
Jauhi amarah,
Tiada piala dimenangi.
Mr.F: Namun, bagi mereka yang menggunakan kekerasan,yang melanggar hak, 'disana' nanti takutlah kalian muflis dituntut mereka yang kau berhutang. Dan kau yang berwarna biru untuk kali ini, sedikit telah melampaui batas.
http://www.facebook.com/notes/jonathan-hwa/bersih-30-from-the-eyes-of-a-medic/10150779499497829
Saturday, April 28, 2012
Bersih Mindaku
Ini bukan kenyataan 'populis'.
Yang pro dengannya teruskanlah,
Yang anti dengannya silakanlah,
Yang tidak mengambil tahu mengenainya hentikanlah,
Yang merasa selesa seakan tiada masalah itu salah.
Mr.F: Kalian yang 'bertempur' dalam apa jua cara, di jalanan atau di media, hilangkah perasaan bahawa mereka yang 'di sana' adalah saudara kita juga. Hilangkah pertimbangan bahawa mereka yang teraniaya adalah darah 'Adam' jua. Jika lenyap ihsan sesama insan, bagaimana mungkin mengharap ihsan tuhan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
