Sunday, March 11, 2012

Effort & Result


Ledakkan usaha,
Harap dan takut pada hujungnya,
Jangan teka keputusan akhirnya,
Ia bukan portfolio kita.

Ramai yang gusar,
Ramai yang yakin,
Fokus pada lingkaran pengaruh yang besar,
Baru nanti menyentuh lingkaran prihatin.

Mr. F : Stephen Covey :)

Wednesday, March 7, 2012

Santapan


Ketahuilah taulan,
Santapan enak tiada bandingan,
Sedap rasa bukan igauan,
Jika jamuan bukan sendirian,
Meski hidangan tidak beraneka pilihan.

Ketahuilah taulan,
Santap sendirian kan penuh lamunan,
Perkongsian itu tanda kesyukuran,
Penuh tawa dan senda gurauan,
Menyuap kata berulam senyuman,
Menyulam rasa muhibbah persaudaraan.


Mr. F : Prophet shared food with his companions. Thank you guys. :)

Tuesday, March 6, 2012

Creative


Sister: How to be creative?
Brother: Start questioning, you can start from anything. Your attire, your food, your stuff, and your religion, well if you want. :) Then, go one step ahead, find the answer... from reliable sources.


Mr.F : Namun tatkala kita diserang dengan 'pemikiran sehaluan', 'bermata satu', 'one direction', ia agak sukar, kadangkala amat sukar. I have to admit this.

Thursday, March 1, 2012

Detik-detik


Yang muram tersenyumlah,
Yang murung tertawalah,
Yang senang, damailah,
Yang sakit, syukurlah.

Ramai yang mengira,
Berapa banyak kita ada,
Tidak lena tidur,
Jika lengan tiada emas bersadur.

Ramai yang merasa,
Rumah, harta dan kereta,
Lambang status dan takhta,
Bukan kepalang punya harga.

Sikit yang mengira,
Berapa yang diberi,
Tidakkah ingin merasa,
Tenang dan aman dihati.

Detik ini sekejap sahaja,
Waktu ini tidak lama,
Masa ini hanya sisa.

Yang diam, fikirkanlah,
Yang hebat, hadamkanlah,
Yang angkuh, turun menyembahlah.

Mr.F: a self reminder...



Tuesday, February 28, 2012

231 Pagi


231 Pagi,
Hari ini lewat lagi,
Terima kasih studio AAD,
Kalian berseri malam ini,
Penuh tenaga penuh ekspresi.

Mr.F : keep the momentum guys! and keep smiling too!

Sunday, February 26, 2012

Kota Kaca


Tua muda, wanita, lelaki, gadis dan remaja,
Miskin tidak mengenal usia,
Mereka warga kota,
Mereka berbilang agama,
Pelbagai bangsa.

Mereka tak peduli akan politik nista,
Mereka tuli akan laungan retorik dusta,
Mereka buta akan pembangunan kota kaca,
Mereka hanya mencari alas perut yang telah luka,
Mereka hanya mencari basah tekak yang terliur sentiasa.

Saat kau nyenyak di kamar,
Mereka mula beratur panjang dalam samar,
Menanti makanan tiba saban hari,
Menjamah tanpa soal apa yang diberi.

Mr.F : tidak bisa menulis panjang lagi,

Monday, February 13, 2012

Misteri Masa


Dikejar ia lari,
Ditahan tak pernah berhenti.

Yang semalam terasa hari ini,
Yang setahun behembus pergi.

Penantian seakan lama,
Padahal sehari tetap sama.

Yang enak cepatnya tak terkira,
Yang perit lamanya berjela.

Masa, kau sungguh misteri,
Tepatlah Yang Agung bersumpah dengan mu.

Saban tahun, saban bulan, saban hari,
Seluruh manusia mengira detik waktu mu.

Tanpa disedari,
Kau tetap jua begitu.

Terus berlari,
Berdetik tanpa jemu.

Meninggalkan semalam jadi kenangan,
Membuat hari ini jadi kenyataan,
Memberi esok seribu harapan.

Mr.F: Demi masa...