Thursday, June 9, 2011

Kau Si Hegemoni






Tema keamanan kau retorikkan,
Agen oren pernah kau taburkan,

Kau si hegemoni,
Kau si polis dunia ini.

Mr.F : Mr. President, in the name of humanity, I appeal to you, to make a decisive and positive action to ensure a durable world peace. Please accept, Mr. President, the assurances of my highest consideration



Tuesday, June 7, 2011

Teruslah Memberi

Teruslah memberi,
Ada tangan terkulai layu menanti,

Teruslah memberi,
Ada yang merempat dijalanan,
Berselimut kedinginan,
Ada yang menggeletar kehausan,
Merengek kelaparan.

Teruslah memberi,
Yang mudah haruman,
Yang murah senyuman,
Yang ringan bersalaman,
Yang hebat ilmu berpanjangan,

Teruslah memberi,
Usah berkira,
Kerana kita sendiri,
Asyik menerima.

Mr.F : 'fabi ayyi ala i rabbikuma tukazziban'

Wednesday, June 1, 2011

Hujan Turun Lagi

Hujan turun lagi malam ini,
Genangan yang tak tertahan buat sekian kali.

Wajah nenda terbayang di mata,
Wajah yang telah pergi buat selamanya.

Mr.F: perasaan bercampur baur, Al-Fatihah.

Tuesday, May 31, 2011

Perjalanan Kehidupan



Sebuah kehidupan,
Saling tak tumpah seperti perjalanan,
Saling tak ubah seperti pengembaraan,
Meluncur laju kehadapan,
Sisa umur habis perlahan-lahan.

Sebuah perjalanan,
Ada yang duduk berpacaran,
Diulit cinta bermesraan,
Ada yang lena berdengkuran,
Dibuai mimpi berpanjangan,
Ada yang buku jadi tatapan,
Ada yang becok mengunyah santapan.

Sebuah perjalanan,
Ada yang turun di hentian,
Bagai insan dijemput kematian.
Di destinasi akhir perjalanan dihentikan,
Semua turun menggalas bekalan,
Umpama insan berbondong-bondong di hari kemudian,
Hari yang tiada keraguan,
Hari apabila bintang di langit berguguran.


Mr. F : Just a quick thought after a long exhausted day.


Wednesday, May 25, 2011

Akan Pergi

Angin itu membawa khabar,
Berlagu lunak namun hambar,

Angin itu membawa bicara,
Sepi seakan tiada suara.

Yang merintih masih begini,
Yang lapar terus melidi.

Tekad bulat sudah hati ini,
Mengatakan yang aku harus pergi,

Mencari ilmu mengumpul bekal,
Memacu iltizam mengasah akal.

Aku akan kembali,
Kalian akan aku dampingi.

Semoga ia sedetik cuma,
Semoga pemergian ku tidak lama,

Semoga aku kuat berusaha,
Semoga aku kental diduga.

by: Mr. F, together we eradicate urban poverty, InsyaAllah.

Thursday, December 9, 2010

Saturday, October 9, 2010

Syukur

Pujuk hati tunduk dan akur,
Ayuh lafaz kata syukur,
Tiada bongkak, sombong dan takbur,
Kelak ke bumi kita tersungkur.

Pada Yang Satu di luah rasa,
Pada Yang Satu di tutur bicara,
Ucap syukur tiada terhingga,
Pada anugerah dan segala kurnia.


Mr.F: posting without pic due to internet hiccup. Selamat Hari Raya (walaupun dah habis raya), alhamdulillah banyak kurnia dan hadiah dari-Nya.