Sunday, July 12, 2009

The Peristalsis Process of 7 Spices

Jalan-jalan cari makan kali ini ke restoran 7 spice yang terletak di Danga Bay Johor Bahru. Bagi anda yang memang sukakan makanan India yang kaya berempah bolehlah berkunjung kesini. Bukan saja harganya berpatutan jika dibandingkan dengan lokasi dan statusnya sebagai sebuah restoran, malahan gaya dekorasinya agak unik. apa tidaknya, jika dilihat dari luar, anda akan tidak menyangka bahawa ini ialah sebuah restoran yang menyajikan makanan India.Saya memulakan menu petang dengan menghirup secawan teh masalla, haraganya hanya RM3.00 (aku tak ingat harga sebenarnya sebab org belanja). Hmm bagi mereka yang berasa mengantuk memangla boleh menghilangkan ngantuk kerana anda akan menggelengkan kepala selepas menghirup teh ini.

Erm yummy, sebelum berpisah krew Jalan-Jalan Cari Makan pun meyerahkan plak penghargaan kepada tuan punya restoran (sebenarnya serah duit kena bayarla). Terima kasih.



Mr.F: Sejak bila ko makan Indian Food ni?
Fadzli: ..people change

Thursday, July 9, 2009

Ketik-Ketik Kamera

Well, actually on this post I wud like to introduce you guys to my buddy 'V'. But seem like 'V' isn't ready for shooting session (I have to send 'V' to clinic sebenarnya), anyway aku gantikan post ini dengan ketik-ketik kamera. Thanks to Miss Sifoo, my photography skills did improve a lot. (puji diri ke puji sifoo?) gagagaga.











Mr.F: Proud of u, Fadzli.
Fadzli: Belikanla aksesori tambahan!

Tuesday, July 7, 2009

Love At The Bay


When the sun is going to say good bye,
Red shimmering the clouds will be,
Darkness of the night gonna say hi,
Deep silence will surround me.

Alone,there i stood still,
Waiting forever at the bay,
Storm, waves or perhaps ill,
Nothing can push me away.

Oo love I say it loud,
Oo love I yell to you.
Oo love I always hunger,
All I need is your love to make me stronger.
Shot and Written by: Fadzli
Mr.F says: Love God!

Tuesday, June 16, 2009

Hari Lahir Yang Berseri


Aku baru lahir , ketika hari menjelang pagi (as if today is 12th June) hahah. Sungguh bulan yang sangat busy. Dengan PDR (program development review) yang melambak untuk menyiapkan 18 subjects, kerja sabtu ahad dah masuk minggu kedua and pulang lewat hampir setiap malam kerana acara-acara girang yang sukar dilepaskan. Sungguh jua ini merupakan bulan yang banyak senyum tawa; anugerah yang tak ternilai daripadaNya. Walaupun realitinya di benak fikiran banyak giler urusan yang ditangguhkan kerana tiada kesempatan. Alhamdulillah.


Meskipun sangat busy, masih jua mempunyai kesempatan meraikan ulang tahun hari lahir secara beberapa siri. (wah macam jelajah konsert pula) Terima kasih buat N, AMJ, NBI, MT, K, I, A, L, DM, F, Z, Z, R, S (why pink color? pink of health!) terima kasih semua.
Mr.F : Dah tua setahun Fadzli?
Fadzli: Shut up Mr. F, ko pun terlibat!


Tuesday, June 2, 2009

Detik Yang Kian Berlalu

Detik yang kian berlalu,
Penuh resah gelora di kalbu,
Detik yang kian berlalu,
Yang sukar kan hancur menjadi debu.

Langkah mengikut kata hati,
Bersandar Iman di dalam diri,
Hilang lara tersenyum berseri,
Yang sukar berlalu bagai hanya mimpi.

Aku akan melangkah pergi dahulu,
Mengecapi bahagia yang pasti,
Tinggallah dikau di masa nan lalu,
Bersama sengsara yang bakal menjerut diri.

A poem by: Mr. F

Fadzli said: Kau memang aneh Mr. F, gud luck anyway.

Saturday, May 30, 2009

The Curse Of Night At The Museum


An eerie, creepy and frightful post. And again this is a real story..... Haha not that seriousla, but instead it was a beautiful tragedy to remember. (tragedy? oooo). 

Ok the tragedy was, I have to pay triple to watch this complete movie (triple?? goshhh$$$). Pertamanya aku tertido di separuh jalan penceritaan kerana seharian bekerja yang sangat meletihkan. Tetapi demi menjaga hati teman aku pura-pura enjoy jelah.

Keduanya bersama seseorang, we dont really have a gud plan. Main hentam je and walk in jelah tengok movie apa yang ada. Again I chose to watch this movie to complete the cycle what I missed. Jam menunjukkan masih ada lebih kurang 1 jam sebelum tayangan bermula. So we walked around , talked talked and talked sharing experience. And ketika lagi setengah jam masa nak bermula, aku lihat si dia tercari-cari sesuatu, where did i put the tickets? dia bertanya, aku tersenyum saja (bukan pura-pura ok). Setelah puas mencari, dipendekkan cerita, we watched the movie sambil memerhatikan dikejauhan siapakah yang bakal menduduki seat yang sepatutnya kami duduki. Mana lah tau kot2 ada yang bertuah mendapat tiket percuma.

"Rasa bersalah tak?" aku bertanya separa tersenyum...Dia senyum mengangguk. Haha "sedekah jelah" aku membalas. Inilah dia the curse of Kahmunrah ! 

(Mr.F said : Fadzli kalau bab bab membazir nih hmmm..)



A few snapshots of Museum of Natural History New York. 
(visited on may 2008)












Yayaya, I know it. yup absolutely, yup indeed it was superb!! EVERYTHING COMES TO LIFE. the display, the diorama memang cool giler dan background diorama itu adalah painting sebenarnya, painting yang bergabung bersama dekorasi dan haiwan awet. 

(Fadzli said: Haiwan awet yang kat Muzium Negara ada yang dah sopak sopak)

Friday, May 29, 2009

Kisah Pau Kacang Merah

Kata-kata sahaja, my entry without pics, yup without pics. Firstly because I am using the office pc and secondly I dont feel right to transfer pics from my camera here while others are busy doing their office jobs. Huhu habis aku tengah buat apa ni? (Mr.F : Okla tu Fadzli kalau kerja ko dah ok).
Ok I wud like to tell a story, a real story.
Fadzli Studio proudly presents:
Kisah Pau Kacang Merah
Di sebuah petang yang agak panas, di sebuah stesen tren di ibu kota, kelihatan seorang lelaki cacat berkerusi roda menjual kerepek. Meskipun sang mentari sudah mula menyuramkan sinar teriknya, namun bahang panas masih terasa. Ya itulah keadaan cuaca di ibukota sejak beberapa bulan yang lalu hingga kini; panas, kering.
Kaki seorang pemuda melangkah ingin meneruskan perjalanan ke gymnasium yang terletak di menara berkembar. Itulah rutin acapkali pulang kerja. " a small consumption of calories before workout is essential to give your muscle a boost of energy" ahhh itulah kata-kata alasan dirinya untuk makan sebelum pergi ke gym.
Di suatu sudut kelihatan sebuah cafe baru, "ahaa ada jual pau!" bisik sang pemuda dalam hati. "Uncle dah lama ke meniaga?, dulu saya tak nampak pun ada cafe disini..".
"Ooo sudah beberapa bulan, dulu pun saya meniaga di Damansara, how was the food?" balas Uncle Cina Muslim. "Owh okay, I like it", jawab sang pemuda sambil menghirup teh panas dan pau kacang merah dan pau inti lotus. "Thank you haa, please come again" kata Uncle Cina Muslim lagi sambil bercerita ramah mengenai menu yang dikhaskan untuk hari-hari tertentu.
"Wah kedai yang ikhlas." detik hati pemuda didalam hati. Pada kebiasaanya hanya cafe atau restoran di luar negara yang akan melayan pelanggan begini. Jika di Malaysia menurut pengalaman sang pemuda, hanya restoran mahal seperti di KLCC sahaja yang akan bertanya " how was the food?", sedangkan di US itu amalan biasa, malahan waiter kadangkala memperkenalkan diri dan menulis nama atas tisu agar mudah pelanggan memanggil jika perlukan apa-apa.
Di kejauhan, suara lelaki cacat yang menjual kerepek masih lagi kedengaran walaupun bunyi kenderaan dan orang yang lalu lalang tidak kurang bingitnya. "Uncle, tolong bungkuskan pau kacang satu! ".
Kaki sang pemuda terus melangkah meninggalkan cafe dan menuju ke stesen semula.
"Assalamualaikum, abang nah"
"Waalaikum salam, apa ni? mcmmana adik tahu saya nak makan pau?, memang pagi tadi saya ada berdoa dan terasa sedapnya kalau dapat makan pau, dulu masa kecik bapa angkat saya selalu belikan saya pau, dah lama saya tak makan"
"Ohh kebetulan saja saya ada beli lebih. Abang makanlah ya. "
"Terima kasih ya, adik kerja mana?"
"Sama-sama, saya mengajar dekat-dekat area sini" balas sang pemuda kembali yang sudah sedikit syahdu dengan apa yang berlaku.
"Terima kasih ya. Adik ajarlah anak-anak dengan baik, biar diorang nanti pandai, dapat kerja bagus, senang tak jadi susah macam saya"
..............................................................
Beberapa tapak melangkah, sang pemuda menoleh kebelakang dan kelihatan lelaki cacat tersebut menggengam erat plastik pau dengan kedua tangan lalu mencium bungkusan itu........ohh......


Mr.F: :( sob sob, tears rolling down my cheek.