Sunday, January 20, 2013

Listen, listen, listen


Seronok kau bertempik,
Semudah bicara,
Seindah rasa....
Ajarlah anak-anak bangsa,
Dengan kaedah mu,
Senyapkan mulut yang bersuara,
Dengan kata listen mu.

Kelak kau tak mendengar lagi bicara,
Lunak pendapat suara,
Bukan kerana kau tuli,
Kerana yang bakal hadir ialah gempita semangat,
Yang bakal buat kau kaget terenjat,
Ia hadir dalam sunyi,
Senyap tanpa bunyi.


Mr.F: bukan Syarifah, bukan Bawani. :)

Thursday, September 27, 2012

Play & Pause


Laju bergerak kesana kemari,
Apa yang dicari,

Benak memikir itu dan ini,
Apa yang menjadi solusi,

Berhentilah sejenak,
Diam tak bergerak,

Berhentilah seketika,
Bangunlah dari leka,

Apa yang dikejari,
Apa yang dicari.

Mr.F : Tepi button play ada button pause, tekan kejap..

Wednesday, September 19, 2012

My Hybrid Mind 2.0


Kita selalu ingin banyak,
Sedang yang sedikit sebenarnya sudah cukup.

Have some, not much. :)

Mr.F: Seeking happiness!

Thursday, September 13, 2012

My Hybrid Mind


The beauty of simplicity + the extravaganza of complexity = humanity

 Love is for all... mankind


Mr.F : Uhibbuka fillah...

Wednesday, August 22, 2012

Lebaran 2012


Gemilang lebaran,
Yang berdendang,
Pagi petang,
Siang malam,
Lupakah akan Ramadhan,
Yang bertandang,
Yang baru pergi bagai semalam.

Gemilang lebaran,
Dalam kemaafan penuh keikhlasan,
Dalam ziarah penuh keberkatan,
Janji di Ramadhan jangan dibiar hilang dari ingatan..

Mr.F : tiup pelita, fuhhh!

Thursday, July 5, 2012

My Hybrid Mind


Masa akhir yang pasti tiba,
Usah terleka,
Di buai mimpi bergenre aneka,
Kesana suatu ketika,
Akhir yang bukan perlu diteka.
Bukan perlu dihitung masa,
Ia kan hadir tepat detiknya.

Andai memberi, beruntunglah.

Tuesday, June 26, 2012

History


Be part of history,
Say good bye to misery,
Begin a new story...


Saturday, June 23, 2012

Pencinta Keamanan


Keamanan.. hadirlah,
Sengketa..sirnalah,
Senyuman..ukirkanlah,
Damai.. Kau kurniakanlah.



My Hybrid Mind 2.0

P.O.N.R

Point Of NO Return.

Mr.F: sebut betul-betul, ponrrrr. :)

Thursday, June 21, 2012

My Hybrid Mind


Ramai yang berjuang,
Mengisi masa terluang,
Tangkas mengambil peluang,
Tiada sedikit kesempatan terbuang.

Mr.F: jujur & ikhlaslah...


Monday, June 11, 2012

Sedetik Cuma


Masa ini sedetik cuma,
Sungguh ramai yang tertipu dengannya.

Dekad yang berlalu, bagai baru kejap tadi,
Pagi yang dilalui, kini sudah malam sepi.

Semalam yang berlalu,
Masa depan yang belum tahu,
Kini yang perlu dihargai dahulu.

Mencari bahagia,
Memburu masa,
Masa ini sedetik cuma,
Kerana Dia telah bersumpah dengannya.

Mr.F: 29 berbaki ...syukur :)

Sunday, June 10, 2012

So Soon



Mr. F : So soon..

Friday, June 8, 2012

My Hybrid Mind


1 a.m. buat pertama kalinya coretan disini tiada membawa apa-apa agenda, kontang gamaknya di benak minda.

Mr. F : senyum, tak perlu kata apa-apa...

Friday, June 1, 2012

World Peace




Sedaplah,
Bolehlah,
Malaysia kan suka guna 'lah',
Jadi bersaudaralah,
Bersyukurlah,
Damailah.


Mr.F: gaduh parti politik, kutuk mengutuk di pejabat, hentam menghentam musuh dan lawan, semuanya kerana tiada setitik perasaan bahawa mereka saudara kita, adakah nanti kita hidup seorang di 'sana'?

Monday, May 28, 2012

Love



Love is contagious
And good deeds too.

Mr.F: say yucks! :)

Sunday, May 20, 2012

My Hybrid Mind


Yang memakai nama 'I',
Cakap belakang terlampau banyak,
Tembak-menembak,
Semua dilanyak.

Yang memakai nama 'I',
Pihak lawan hendak dihenyak,
Semangat membara berkocak,
Apa jadi, lantak.

Mr.F : Terlampau ramai yang mengira apa yang diperolehi, bukan apa yang diberi. Dan malang, ada yang memberi apa yang ingin diperolehi, seakan semua boleh dibeli.

Saturday, May 12, 2012

They Said


Be a good boy they said,
It will be fun they said.

Mr.F: serve others...

Wednesday, May 9, 2012

My Hybrid Mind 2.0


Speechless, May Allah grant us His Forgiveness.

Tuesday, May 8, 2012

My Hybrid Mind


Kehendak yang bukan Keperluan = Distraction

Mr.F: beware on this brother and sister.

Tuesday, May 1, 2012

Bersih Mindaku 2.0


Kami kuning,
Kami merah,
Kami pelangi,
Usah pening,
Jauhi amarah,
Tiada piala dimenangi.

Mr.F: Namun, bagi mereka yang menggunakan kekerasan,yang melanggar hak, 'disana' nanti takutlah kalian  muflis dituntut mereka yang kau berhutang. Dan kau yang berwarna biru untuk kali ini, sedikit telah melampaui batas. 
http://www.facebook.com/notes/jonathan-hwa/bersih-30-from-the-eyes-of-a-medic/10150779499497829