Sunday, January 20, 2013

Listen, listen, listen


Seronok kau bertempik,
Semudah bicara,
Seindah rasa....
Ajarlah anak-anak bangsa,
Dengan kaedah mu,
Senyapkan mulut yang bersuara,
Dengan kata listen mu.

Kelak kau tak mendengar lagi bicara,
Lunak pendapat suara,
Bukan kerana kau tuli,
Kerana yang bakal hadir ialah gempita semangat,
Yang bakal buat kau kaget terenjat,
Ia hadir dalam sunyi,
Senyap tanpa bunyi.


Mr.F: bukan Syarifah, bukan Bawani. :)